Monday, April 9, 2012

My Very Own Doraemon!

Sabtu lepas (7th April 2012)..seekor kucing robot bernama doraemon telah melompat keluar dari meja study Farah..hee~..Just kidding even Farah memang harap ia terjadi..Siapa yang taknak doraemon muncul for real kan..~~~

Actually, Sabtu lepas My Mr. Faiz Syazwan cakap ada big surprise for me..So, tunggu punya tunggu for 1 hour ( he's late!)..Tengah hati membara tetiba Mr. Faiz duduk kan si Doraemon besar ni depan muka..memang surprise because Farah ingat dia nk bg big teddy bear..tapi dia bagi doraemon..Memang da lame cari patung doraemon besar..So, thank you Mr. Faiz..^_^



P/s: I wonder macam mane Mr.Faiz angkut si besar ni naik motor.. :P

Sunday, April 8, 2012

Farah Mak Andam and Mak Orang???

Assamualaikum..dah lame Farah tak update blog because busy dengan thesis and practical..Alhamdulillah practical Farah berjalan lancar sebab staff dekat Bank Rakyat Rawang sangat sporting and supportive. Ok..back to the topic..

Pada malam 31 Mac 2012, berlangsungnya majlis pertunangan Cik Mariatul Kiptiah, my cousin with Inchik Hizamuddin. Untuk Majlis pertunangan Cik Maria ni Farah buatkan cupcake sebagai hantaran. Mula-mula rasa macam tak konfiden sebab first time buat cupcake lepas pergi kelas cupcake 2 bulan lepas..(boleh refer tu previous entry..). Walaupun penat sangat rasa tapi happy sebab semuanya menjadi...ini hasilnya...







Pada petang sebelum majlis bermula, Farah pun tanya pada Cik Maria siapa yang akan mengandam dia untuk malam tu. Sepatutnya 2 orang sepupu Farah yang mengandam Cik Maria tapi atas sebab tertentu sepupu Farah tak dapat datang dan Cik Maria pun suruh Farah mengandam dia malam tu. Terkejut jap and agak panik sebab hari tu Farah rasa malas sangat nak make up dan langsung tak bawak barang make up Farah. Bila tanya Cik Maria dia ada barang make up tak dia pun tak bawak barang make up dari rumah sewa. Cari punye cari, jumpa eyeliner, blusher, eyeshadow (grey, purple and pink) and lipstick..Alhamdulillah Farah berjaya mangandam Cik Maria malam tu...FUH!...ni dia Cik Maria kita....
Comel kan Cik Maria kita ni..^_^

Pada hari tu banyak betul benda yang tak boleh lupa..first time buat cupcake, first time mengandam dan first time jugak Farah dipanggil mak orang..hehe...Actually, on that day Farah asyik dukung peluk anak CiK Nyssa iaitu si comel Ashraf Solihin..maklumlah jarang jumpa and si kecik lak manja sangat-sangat ngan Mak Wa (Farah) dia ni..tengah dukung tu ada orang dari rombongan pihak lelaki tanya.."ni anak ke?".. and "nak pinjam baby boleh??"...Adess~..Tapi Farah faham sebab Solihin die tembam and comel macam Mak Wa dia ni..hee~

Alhamdulillah...segala benda yang Farah buat hari tu berjalan lancar dan menjadi..Harap2 masa akan datang dapat buat lagi...Wassalam..^_^

Saturday, February 11, 2012

Mari Menconteng Muka

Salam semua. Ok..for this entry, Farah nak share pengalaman Farah pergi ke kelas menconteng muka ataupun kelas make up. Finally, dapat jugak Farah pergi kelas make up ni. Excited sangat. Actually, Farah sepatutnya pergi dengan my BFF, Miss Vee or I called her Cik Huruf tapi dia tak dapat pergi kerana terdapat masalah yang tak dapat dia dielakkan.

Farah nak cerita sikit info pasal kelas ni. Kelas ni kelas professional dari pukul 9.30 pagi sampai 5 petang. Dianjurkan oleh Biaswarna Make up Academy yang diketuai oleh Puan Melati Hatta (very sporting and funny person..^_^). Biaswarna ni memang banyak anjurkan kelas make up especially bridal make up. Kelas yang Farah join ni one day punya kelas dan ada lagi 2 jenis kelas iaitu 3-day class and 5-day class. For 1-day class, Farah and other participants diajar express make up dengan hanya menggunakan eyeshadow sebagai shading and eyeliner, how to shapethe eyebrows, shading, applying blusher, foundation, and the techniques to make sure that the make up did not smudge. Most importantly, yang paling seronok ialah cara memakai bulu mata palsu. It is interesting dan sesuatu yang baru untuk Farah sebab first time pakai fake lashes dan kitorang diajar pakai 2 layer bulu mata palsu (seriously rasa sangat berat and macam susah nak nmpak apa-apa)

Masa datang tu macam biasalah isi borang, bayar yuran dan kenal-kenal dengan peserta lain. Lepas itu, Kak Melati start dengan kelas teori . Rasa macam masuk tadika balik sebab Farah disuruh mewarna gambar muka mengikut arahan Kak Melati so nanti senang nak buat masa kelas praktikal. Then, Farah dipasangkan dengan Kak Sri untuk kelas praktikal. Mula-mula Farah jadi model untuk Kak Sri dan lepas lunch and after sudah siap diandam, dengan bulu mata palsu yang berat itu Farah disuruh mengandam Kak Sri. Kak Sri nampak cantik selepas diandam. Farah cuba sedaya-upaya mengandam Kak Sri secantik mungkin kerana dia nak terus pergi dinner lepas kelas (Wah3..baru belajar terus make up orang untuk dinner..hee~)..But of course Kak Melati touch up kan bagi cantik lagi and she looks amazing.


Ni yang Farah buat dalam kelas teori..

Ni Kak Sri selepas di andam...^_^

Another best thing about this course is the FREE GIFT!!...Setiap peserta course ni dapat 72 palette eyeshadow with 6 blusher, bulu mata palsu dan gam untuk bulu mata palsu. Farah suka sangat palette tu sebab memang dah lama nak beli. Pergi kelas ni dapat free pulak. Happy sangat.

This is the palette and free gifts..

Farah memang suka make up. Actually, Farah start minat make up lepas Farah jumpa Cik Vee dan Farah hanya bagi Vee sahaja make up kan Farah sebelum ni. Untuk kelas ni Farah baru first time bagi orang lain make up kan Farah. Bagi Farah make up boleh buat seseorang tu nampak cantik dan berseri. Bukanlah nak make up tu penting sangat and natural look tu tak cantik. Tapi ianya perlu untuk menambah keyakinan diri seseorang. Pada Farah, seseorang akan nampak lebih cantik kalau dia mempunyai keyakinan yang tinggi. If you feel good about yourself, it will make look better in someone else's eyes. But please not too much make up..cukup lah sekadar untuk menaik seri dan untuk menambah kepercayaan kepada diri sendiri. Farah rasa tu sahaja untuk entry ni. Wassalam...^_^

Dapat sijil juga..hee~

P/S: Gambar Farah yang siap diandam tak ada kerana Farah kesengalan tertinggal kamera kat rumah..so tak dapat lah nak upload..(-_-")

For more infromation about Biaswarna click at this link..http://www.biaswarna.biz/

Monday, February 6, 2012

CuPCakEs !!

Assamualaikum semua..Ok, entry kali ni pasal Farah and abang Farah Inchik Oumar pergi ke kelas belajar buat and decorate cupcake. Kitorang pergi kelas ni saja-saja je. Just for fun and to learn something new. Kitorang berdua pun memang minat benda2 ni.

Actually timbul idea cupcake ni sebab kitorang berdua tengah cuti. Inchik Oumar baru saja lepas operation lututnya yang tercedera because of sport. Farah pulak tengah cuti sementara tunggu praktikal. So, 2 org yang bosan ni pulak suka tengok this one show dekat Astro TLC (706) called DC Cupcake. Dalam show ni cupcake dorang nampak sangat yummy and cantik-cantik. Kitorang berdua pun tergoda and terasa nak belajar buat cupcake. Bak kate Incik Oumar..Kita belajar la buat cupcake ni nanti kita boleh bukak kedai cupcake pastu buat reality show macam diorang..Rawang Cupcake..hee~..





Sangat comel kan cupcake dorang. ^_^

So, Farah pun mulalah cari kelas nk belajar cupcake kat internet and terjumpalah satu blog ni. Eeja Bakery. Eeja Bakery ni untuk personal class and memang dia ajar macam-macam jenis baking and pastry. Kalau berminat, here is the link for the blog. http://www.eejabakery.blogspot.com/. Payment semua korang boleh tengok dekat blog tu or try to call kak Eeja sendiri (no fon dia pun ada dalam blog).

Kelas 4 jam je dari pukul 9 pagi hingga ke 1 tengah hari. It was so much fun. Mula-mula belajar buat cupcake dulu. 2 jenis. Vanilla with strawberry filling and chocolate cupcake. Recepi yang mudah and sangat sedap. Then, Farah punya favorite part. DECO TIME!..OMVinci!..First time buat of course la tak jadi..hee~..Tangan keras..Sampai gelak-gelak akak tu tengok kitorang buat tapi makin banyak buat makin cantik. Inilah hasilnya...






My work!...^_^



Itu sahaja nak share dengan korang setakat ni..See u in the next entry..toodles!..



Sunday, February 5, 2012

Praktikal and thesis..!!??


Salam semua..FYI, Farah sekarang ni tengah dalam semester akhir untuk jadi degree holder (cuak seyh!). In final semester ni Farah akan buat praktikal atau latihan industri dan dalam masa yang sama Farah kena siapkan thesis or project paper.


Farah akan buat praktikal di Bank Rakyat Rawang dan akan mula pada 8hb Februari 2012 sampai 22hb Jun 2012. For my thesis, my faculty will assign an advisor to help me complete the thesis. Unfortunately, for this first month there will no advisor. For what reason?? Actually...I don't know..hee~

Farah harap Farah dapat buat yg terbaik supaya apa yang Farah usahakan utk 2 tahun setengah untuk dapatkan Ijazah ni berbaloi. Sebenarnya tengah takut ni..(sebab tu buat entry ni..huu~)



My practical preparation..hee~

So, just nak korang wish me luck dan doakan Farah supaya Farah dapat buat yang terbaik untuk praktikal dan thesis ni. Seriously..Farah sangat nervous and I have no idea for my thesis..So..please, doakan Farah ok??






Sunday, August 28, 2011

Cantik??

Salam semua..sudah sekian lama tidak meng-update blog akhirnya hari ni Farah tiba-tiba rasa nak update. Ok, here I go..

CANTIK...Adakah penting kecantikan kepada seseorang untuk mereka disukai dan juga dicintai.?? Apa yang dapat Farah lihat sekarang ni, kita banyak didedahkan dan di didik bahawa cantik itu bagus. Jika kita lihat sekarang dalam televisyen dan juga media masa semua menunjukkan bahawa pentingnya kecantikan agar untuk diri kita supaya tidak ketinggalan dan mendapat pertian. Contohnya, banyak cerita2 yang ditayangkan mengisahkan tentang seorang perempuan yang pada awalnya tidak cantik rupa parasnya tapi baik budi pekerti namun tidak mendapat perhatian daripada jejaka pilihannya. Lantas, si perempuan ini pun berusaha mengubah dirinya supaya dia dapat menarik perhatian si jejaka tadi. Akhirnya setelah menjadi seorang yang cantik barulah dia dapat bersama dengan jejaka tadi.

Ada juga yang kita dapat lihat sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi cantik. Ada yang sanggup berhutang dan membuat perkara-perkara yang haram serta salah di sisi agama seperti pembedahan plastik.

Memang sudah menjadi lumrah kepada manusia untuk menyukai sesuatu atau seseorang yang cantik. Don't judge a book by its cover. Personally, Farah suka quote tu. Ia mengingatkan Farah yang sesuatu yang cantik tidak semestinya bagus dan juga sebaliknya. Tapi semakin lama ia semakin dilupakan.

Dalam entry ni, Farah just nak cakap yang janganlah menyukai sesuatu hanya kerana ianya cantik kerana kecantikan tidak akan kekal dan setiap benda di dunia ini tidak akan cantik selamanya. Jadi, jika kita suka kepada sesuatu ataupun seseorang itu hanya kerana kecantikan maka ia tidak akan kekal kerana apabila kecantikan itu pudar maka perasaan suka ataupun cinta kepada sesuatu benda itu akan turut pudar.

Renung-renungkan lah quote dibawah ni ok...??




Sunday, May 23, 2010

Kisah Hati...

Bila berbicara tentang hati, akan terlintas di benak fikiran bahawa ia sangat istimewa. Ia mudah mencintai dan ia juga mudah dilukai.


Apabila hati mencintai seseorang ataupun menyayangi insan lain, ia akan memberikan kesan yang sangat indah kepada insan yang memiliki hati tersebut. Akan terpancarlah sinar kegembiraan dan akan timbul keserian pada wajah. Ada yang mengatakan bahawa jika hati mencintai seseorang, ia akan menjadi buta. Segala keburukan dan kekurangan insan yang dicintai dapat diterima tanpa sebarang alasan. Apa sahaja yang dilakukan insan yang dicintai dirasakan sangat indah dan boleh diterima akal. Apa sahaja yang dikatakan insan yang dicintaikan dirasakan sangat bermakna. Begitulah hati bila ia mencintai. Apabila hati dicintai, akan timbul rasa dihargai dan kesempurnaan pada insan tersebut. Akan timbul juga rasa kasih dan cinta kepada hati yang sudi mencintainya itu.

Tetapi jika sekali hati dilukai, ia akan memberi kesan yang sangat mendalam kepada pemiliknya. Akan hilanglah senyuman pada wajah dan akan terpancar kesedihan yang tiada penawarnya. Akan timbul rasa benci dan wujudlah perasaan tidak mahu mencintai sesiapa lagi. Akan muncul juga keraguan pada hati lain yang ingin mencintainya dan tiada penawar yang boleh mengubati hati yang telah terluka.



Oleh itu, janganlah melukai hati insan lain. Jagalah ia sebaik mungkin kerana melukai hati adalah sangat mudah berbanding menjaga dan mencintai hati.