Sunday, May 23, 2010

Kisah Hati...

Bila berbicara tentang hati, akan terlintas di benak fikiran bahawa ia sangat istimewa. Ia mudah mencintai dan ia juga mudah dilukai.


Apabila hati mencintai seseorang ataupun menyayangi insan lain, ia akan memberikan kesan yang sangat indah kepada insan yang memiliki hati tersebut. Akan terpancarlah sinar kegembiraan dan akan timbul keserian pada wajah. Ada yang mengatakan bahawa jika hati mencintai seseorang, ia akan menjadi buta. Segala keburukan dan kekurangan insan yang dicintai dapat diterima tanpa sebarang alasan. Apa sahaja yang dilakukan insan yang dicintai dirasakan sangat indah dan boleh diterima akal. Apa sahaja yang dikatakan insan yang dicintaikan dirasakan sangat bermakna. Begitulah hati bila ia mencintai. Apabila hati dicintai, akan timbul rasa dihargai dan kesempurnaan pada insan tersebut. Akan timbul juga rasa kasih dan cinta kepada hati yang sudi mencintainya itu.

Tetapi jika sekali hati dilukai, ia akan memberi kesan yang sangat mendalam kepada pemiliknya. Akan hilanglah senyuman pada wajah dan akan terpancar kesedihan yang tiada penawarnya. Akan timbul rasa benci dan wujudlah perasaan tidak mahu mencintai sesiapa lagi. Akan muncul juga keraguan pada hati lain yang ingin mencintainya dan tiada penawar yang boleh mengubati hati yang telah terluka.



Oleh itu, janganlah melukai hati insan lain. Jagalah ia sebaik mungkin kerana melukai hati adalah sangat mudah berbanding menjaga dan mencintai hati.



No comments:

Post a Comment

Farah dah kata..korang nak kata apa pulak??