Sunday, August 28, 2011

Cantik??

Salam semua..sudah sekian lama tidak meng-update blog akhirnya hari ni Farah tiba-tiba rasa nak update. Ok, here I go..

CANTIK...Adakah penting kecantikan kepada seseorang untuk mereka disukai dan juga dicintai.?? Apa yang dapat Farah lihat sekarang ni, kita banyak didedahkan dan di didik bahawa cantik itu bagus. Jika kita lihat sekarang dalam televisyen dan juga media masa semua menunjukkan bahawa pentingnya kecantikan agar untuk diri kita supaya tidak ketinggalan dan mendapat pertian. Contohnya, banyak cerita2 yang ditayangkan mengisahkan tentang seorang perempuan yang pada awalnya tidak cantik rupa parasnya tapi baik budi pekerti namun tidak mendapat perhatian daripada jejaka pilihannya. Lantas, si perempuan ini pun berusaha mengubah dirinya supaya dia dapat menarik perhatian si jejaka tadi. Akhirnya setelah menjadi seorang yang cantik barulah dia dapat bersama dengan jejaka tadi.

Ada juga yang kita dapat lihat sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi cantik. Ada yang sanggup berhutang dan membuat perkara-perkara yang haram serta salah di sisi agama seperti pembedahan plastik.

Memang sudah menjadi lumrah kepada manusia untuk menyukai sesuatu atau seseorang yang cantik. Don't judge a book by its cover. Personally, Farah suka quote tu. Ia mengingatkan Farah yang sesuatu yang cantik tidak semestinya bagus dan juga sebaliknya. Tapi semakin lama ia semakin dilupakan.

Dalam entry ni, Farah just nak cakap yang janganlah menyukai sesuatu hanya kerana ianya cantik kerana kecantikan tidak akan kekal dan setiap benda di dunia ini tidak akan cantik selamanya. Jadi, jika kita suka kepada sesuatu ataupun seseorang itu hanya kerana kecantikan maka ia tidak akan kekal kerana apabila kecantikan itu pudar maka perasaan suka ataupun cinta kepada sesuatu benda itu akan turut pudar.

Renung-renungkan lah quote dibawah ni ok...??




No comments:

Post a Comment

Farah dah kata..korang nak kata apa pulak??