Saturday, February 11, 2012

Mari Menconteng Muka

Salam semua. Ok..for this entry, Farah nak share pengalaman Farah pergi ke kelas menconteng muka ataupun kelas make up. Finally, dapat jugak Farah pergi kelas make up ni. Excited sangat. Actually, Farah sepatutnya pergi dengan my BFF, Miss Vee or I called her Cik Huruf tapi dia tak dapat pergi kerana terdapat masalah yang tak dapat dia dielakkan.

Farah nak cerita sikit info pasal kelas ni. Kelas ni kelas professional dari pukul 9.30 pagi sampai 5 petang. Dianjurkan oleh Biaswarna Make up Academy yang diketuai oleh Puan Melati Hatta (very sporting and funny person..^_^). Biaswarna ni memang banyak anjurkan kelas make up especially bridal make up. Kelas yang Farah join ni one day punya kelas dan ada lagi 2 jenis kelas iaitu 3-day class and 5-day class. For 1-day class, Farah and other participants diajar express make up dengan hanya menggunakan eyeshadow sebagai shading and eyeliner, how to shapethe eyebrows, shading, applying blusher, foundation, and the techniques to make sure that the make up did not smudge. Most importantly, yang paling seronok ialah cara memakai bulu mata palsu. It is interesting dan sesuatu yang baru untuk Farah sebab first time pakai fake lashes dan kitorang diajar pakai 2 layer bulu mata palsu (seriously rasa sangat berat and macam susah nak nmpak apa-apa)

Masa datang tu macam biasalah isi borang, bayar yuran dan kenal-kenal dengan peserta lain. Lepas itu, Kak Melati start dengan kelas teori . Rasa macam masuk tadika balik sebab Farah disuruh mewarna gambar muka mengikut arahan Kak Melati so nanti senang nak buat masa kelas praktikal. Then, Farah dipasangkan dengan Kak Sri untuk kelas praktikal. Mula-mula Farah jadi model untuk Kak Sri dan lepas lunch and after sudah siap diandam, dengan bulu mata palsu yang berat itu Farah disuruh mengandam Kak Sri. Kak Sri nampak cantik selepas diandam. Farah cuba sedaya-upaya mengandam Kak Sri secantik mungkin kerana dia nak terus pergi dinner lepas kelas (Wah3..baru belajar terus make up orang untuk dinner..hee~)..But of course Kak Melati touch up kan bagi cantik lagi and she looks amazing.


Ni yang Farah buat dalam kelas teori..

Ni Kak Sri selepas di andam...^_^

Another best thing about this course is the FREE GIFT!!...Setiap peserta course ni dapat 72 palette eyeshadow with 6 blusher, bulu mata palsu dan gam untuk bulu mata palsu. Farah suka sangat palette tu sebab memang dah lama nak beli. Pergi kelas ni dapat free pulak. Happy sangat.

This is the palette and free gifts..

Farah memang suka make up. Actually, Farah start minat make up lepas Farah jumpa Cik Vee dan Farah hanya bagi Vee sahaja make up kan Farah sebelum ni. Untuk kelas ni Farah baru first time bagi orang lain make up kan Farah. Bagi Farah make up boleh buat seseorang tu nampak cantik dan berseri. Bukanlah nak make up tu penting sangat and natural look tu tak cantik. Tapi ianya perlu untuk menambah keyakinan diri seseorang. Pada Farah, seseorang akan nampak lebih cantik kalau dia mempunyai keyakinan yang tinggi. If you feel good about yourself, it will make look better in someone else's eyes. But please not too much make up..cukup lah sekadar untuk menaik seri dan untuk menambah kepercayaan kepada diri sendiri. Farah rasa tu sahaja untuk entry ni. Wassalam...^_^

Dapat sijil juga..hee~

P/S: Gambar Farah yang siap diandam tak ada kerana Farah kesengalan tertinggal kamera kat rumah..so tak dapat lah nak upload..(-_-")

For more infromation about Biaswarna click at this link..http://www.biaswarna.biz/

Monday, February 6, 2012

CuPCakEs !!

Assamualaikum semua..Ok, entry kali ni pasal Farah and abang Farah Inchik Oumar pergi ke kelas belajar buat and decorate cupcake. Kitorang pergi kelas ni saja-saja je. Just for fun and to learn something new. Kitorang berdua pun memang minat benda2 ni.

Actually timbul idea cupcake ni sebab kitorang berdua tengah cuti. Inchik Oumar baru saja lepas operation lututnya yang tercedera because of sport. Farah pulak tengah cuti sementara tunggu praktikal. So, 2 org yang bosan ni pulak suka tengok this one show dekat Astro TLC (706) called DC Cupcake. Dalam show ni cupcake dorang nampak sangat yummy and cantik-cantik. Kitorang berdua pun tergoda and terasa nak belajar buat cupcake. Bak kate Incik Oumar..Kita belajar la buat cupcake ni nanti kita boleh bukak kedai cupcake pastu buat reality show macam diorang..Rawang Cupcake..hee~..





Sangat comel kan cupcake dorang. ^_^

So, Farah pun mulalah cari kelas nk belajar cupcake kat internet and terjumpalah satu blog ni. Eeja Bakery. Eeja Bakery ni untuk personal class and memang dia ajar macam-macam jenis baking and pastry. Kalau berminat, here is the link for the blog. http://www.eejabakery.blogspot.com/. Payment semua korang boleh tengok dekat blog tu or try to call kak Eeja sendiri (no fon dia pun ada dalam blog).

Kelas 4 jam je dari pukul 9 pagi hingga ke 1 tengah hari. It was so much fun. Mula-mula belajar buat cupcake dulu. 2 jenis. Vanilla with strawberry filling and chocolate cupcake. Recepi yang mudah and sangat sedap. Then, Farah punya favorite part. DECO TIME!..OMVinci!..First time buat of course la tak jadi..hee~..Tangan keras..Sampai gelak-gelak akak tu tengok kitorang buat tapi makin banyak buat makin cantik. Inilah hasilnya...






My work!...^_^



Itu sahaja nak share dengan korang setakat ni..See u in the next entry..toodles!..



Sunday, February 5, 2012

Praktikal and thesis..!!??


Salam semua..FYI, Farah sekarang ni tengah dalam semester akhir untuk jadi degree holder (cuak seyh!). In final semester ni Farah akan buat praktikal atau latihan industri dan dalam masa yang sama Farah kena siapkan thesis or project paper.


Farah akan buat praktikal di Bank Rakyat Rawang dan akan mula pada 8hb Februari 2012 sampai 22hb Jun 2012. For my thesis, my faculty will assign an advisor to help me complete the thesis. Unfortunately, for this first month there will no advisor. For what reason?? Actually...I don't know..hee~

Farah harap Farah dapat buat yg terbaik supaya apa yang Farah usahakan utk 2 tahun setengah untuk dapatkan Ijazah ni berbaloi. Sebenarnya tengah takut ni..(sebab tu buat entry ni..huu~)



My practical preparation..hee~

So, just nak korang wish me luck dan doakan Farah supaya Farah dapat buat yang terbaik untuk praktikal dan thesis ni. Seriously..Farah sangat nervous and I have no idea for my thesis..So..please, doakan Farah ok??