Saturday, February 11, 2012

Mari Menconteng Muka

Salam semua. Ok..for this entry, Farah nak share pengalaman Farah pergi ke kelas menconteng muka ataupun kelas make up. Finally, dapat jugak Farah pergi kelas make up ni. Excited sangat. Actually, Farah sepatutnya pergi dengan my BFF, Miss Vee or I called her Cik Huruf tapi dia tak dapat pergi kerana terdapat masalah yang tak dapat dia dielakkan.

Farah nak cerita sikit info pasal kelas ni. Kelas ni kelas professional dari pukul 9.30 pagi sampai 5 petang. Dianjurkan oleh Biaswarna Make up Academy yang diketuai oleh Puan Melati Hatta (very sporting and funny person..^_^). Biaswarna ni memang banyak anjurkan kelas make up especially bridal make up. Kelas yang Farah join ni one day punya kelas dan ada lagi 2 jenis kelas iaitu 3-day class and 5-day class. For 1-day class, Farah and other participants diajar express make up dengan hanya menggunakan eyeshadow sebagai shading and eyeliner, how to shapethe eyebrows, shading, applying blusher, foundation, and the techniques to make sure that the make up did not smudge. Most importantly, yang paling seronok ialah cara memakai bulu mata palsu. It is interesting dan sesuatu yang baru untuk Farah sebab first time pakai fake lashes dan kitorang diajar pakai 2 layer bulu mata palsu (seriously rasa sangat berat and macam susah nak nmpak apa-apa)

Masa datang tu macam biasalah isi borang, bayar yuran dan kenal-kenal dengan peserta lain. Lepas itu, Kak Melati start dengan kelas teori . Rasa macam masuk tadika balik sebab Farah disuruh mewarna gambar muka mengikut arahan Kak Melati so nanti senang nak buat masa kelas praktikal. Then, Farah dipasangkan dengan Kak Sri untuk kelas praktikal. Mula-mula Farah jadi model untuk Kak Sri dan lepas lunch and after sudah siap diandam, dengan bulu mata palsu yang berat itu Farah disuruh mengandam Kak Sri. Kak Sri nampak cantik selepas diandam. Farah cuba sedaya-upaya mengandam Kak Sri secantik mungkin kerana dia nak terus pergi dinner lepas kelas (Wah3..baru belajar terus make up orang untuk dinner..hee~)..But of course Kak Melati touch up kan bagi cantik lagi and she looks amazing.


Ni yang Farah buat dalam kelas teori..

Ni Kak Sri selepas di andam...^_^

Another best thing about this course is the FREE GIFT!!...Setiap peserta course ni dapat 72 palette eyeshadow with 6 blusher, bulu mata palsu dan gam untuk bulu mata palsu. Farah suka sangat palette tu sebab memang dah lama nak beli. Pergi kelas ni dapat free pulak. Happy sangat.

This is the palette and free gifts..

Farah memang suka make up. Actually, Farah start minat make up lepas Farah jumpa Cik Vee dan Farah hanya bagi Vee sahaja make up kan Farah sebelum ni. Untuk kelas ni Farah baru first time bagi orang lain make up kan Farah. Bagi Farah make up boleh buat seseorang tu nampak cantik dan berseri. Bukanlah nak make up tu penting sangat and natural look tu tak cantik. Tapi ianya perlu untuk menambah keyakinan diri seseorang. Pada Farah, seseorang akan nampak lebih cantik kalau dia mempunyai keyakinan yang tinggi. If you feel good about yourself, it will make look better in someone else's eyes. But please not too much make up..cukup lah sekadar untuk menaik seri dan untuk menambah kepercayaan kepada diri sendiri. Farah rasa tu sahaja untuk entry ni. Wassalam...^_^

Dapat sijil juga..hee~

P/S: Gambar Farah yang siap diandam tak ada kerana Farah kesengalan tertinggal kamera kat rumah..so tak dapat lah nak upload..(-_-")

For more infromation about Biaswarna click at this link..http://www.biaswarna.biz/

No comments:

Post a Comment

Farah dah kata..korang nak kata apa pulak??